Friday 22 March 2013

Jalan-Jalan Istanbul (Part 3)

Isnin (18 Mac 2013) - Day 2

Hari kedua, kami semua bangun seawal 4 pagi kerana mahu bersolat subuh berjemaah di Blue Mosque memandangkan waktu subuh masuk pada pukul 4.40 pagi di sini... Selesai mandi dan bersiap-siap, kami pun bergerak menuju ke masjid... Namun tiada seorang pun kelihatan di sana... Yang ada hanyalah bangunan masjid yang teguh berdiri di tengah-tengah kota Istanbul yang berselubungkan kesejukan... Cewah... Ayat macam penulis novel... Hehehe... Kira-kira pukul 5.40 pagi, barulah kami mula bersolat berjemaah... Bilangan orang yang bersolat di Blue Mosque pagi itu tidaklah begitu ramai seperti yang aku sangkakan... Bilangannya sekadar memenuhi dua atau tiga saf sahaja... Namun begitu, bacaan ayat al-Quran oleh imam masjid begitu sedap didengari... Selepas selesai bersolat imam masjid mengetuai bacaan wirid dan doa diakhiri dengan bacaan al-fatihah... Sangkaan aku salah lagi kerana menyangka masyarakat di sini tidak berdoa sekali selepas solat seperti di MWHS (masjid di sheffield)... 

pemandangan Blue Mosque dari perkarangan sebelah dalam pada waktu subuh


Pagi itu kami bersarapan pagi makanan yang disediakan oleh pihak hostel... Makanannya ialah roti yang dihidangkan bersama telur rebus, beberapa hiris timun dan tomato, buah zaitun, butter, strawberry jam dan chocolate jam serta turkish tea... Aku sangat meminati turkish tea tersebut kerana rasanya berbeza dengan teh-teh yang pernah aku rasai sebelum ini...

Hidangan sarapan oleh Piya Hostel

inilah turkish tea yang aku maksudkan... cawannya kecil sahaja.. memang standard size di sini agaknya
Selesai bersarapan, kami memulakan pengembaraan pada hari kedua dengan melawati Hagia Sophia... Namun malangnya tempat ini dan kesemua muzium ditutup kepada pelancong setiap hari Isnin... Salah kami juga sebab tak buat research menyeluruh tentang tempat-tempat ni... Jadi kami bercadang untuk melawati tempat-tempat  tersebut pada keesokan hari menggunakan museum pass yang boleh diperolehi dengan harga 72 turkish lira (lebih kurang RM 123) dan meneruskan perjalanan ke Dolmabahce Palace dengan menaiki tram... 

kucing comel yang banyak terdapat di bandar Istanbul

Setibanya di Dolmabahce Palace, sekali lagi kami langkah kiri kerana tempat ini turut ditutup kepada pelancong setiap hari Isnin... Kami mengambil keputusan untuk menaiki feri mengelilingi selat Bosphorus yang memisahkan bahagian eropah Turki dan bahagian asianya... Tiketnya berharga 13 turkish lira (pandai-pandai la convert sendiri ye :P) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk lengkap satu perjalanan... Pada pendapat aku memang berbaloi menaiki feri ini untuk melihat keindahan perairan bandar Istanbul kerana harganya yang tidaklah begitu mahal... 

Antara pemandangan perairan Istanbul yang sempat aku ambil dari atas feri:





kanak-kanak riang bergambar di atas feri... hehehe
Setelah selesai trip feri tersebut, kami terus didatangi seorang pakcik yang agak berusia menjual cermin mata hitam (sun shade)... "Rai-ban.. Rai-ban..." ulangnya... Cermin mata Ray Ban yang dijual berharga 15 turkish lira... Aku, Latip dan Faris akhirnya tewas dengan pujuk rayu pakcik tersebut... Hahaha...

aku mengenakan cermin mata Ray Ban yang baru dibeli... macam baja hitam (masked rider) kata Faris :D
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Galata Tower dengan berjalan kaki... Kami sengaja melalui jalan-jalan kecil yang jarang dilalui para pelancong kerana mahu menikmati suasana serta pemandangan sebenar kota Istanbul ini... Aku pun tak berapa ingat berapa lama perjalanan untuk sampai ke Galata Tower ni... Tapi memang sangat best... Kebanyakan bangunannya adalah bangunan lama dan dibina rapat-rapat antara satu sama lain... Permukaannya pula berbukit-bukau dan sedikit memenatkan...

jalan kecil yang terpaksa kami daki



Ecad posing gaya model ubat gigi Colgate... hehehe

berehat sebentar membeli minuman menghilangkan dahaga

suasana di persekitaran Galata Tower
Galata Tower dahulunya merupakan menara yang digunakan sebagai menara pemerhati untuk mengesan sebarang kebakaran yang berlaku di sekitar bandar sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah... Menara ini pernah beberapa kali terbakar dan dibaik pulih untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong dan dibina sebuah restoran di sebelah dalamnya... Tingkat atasnya pula telah dijadikan kelab malam sebagai tempat hiburan orang bukan Islam...

Pemandangan dari Galata Tower:


tempat bercantumnya laut Marmara, selat Bosphorus dan the Golden Horn yang menyaksikan kebijaksanaan Sultan  Mehmed II atau lebih dikenali sebagai Sultan al-Fatih yang mengangkat kapal-kapal perang merentasi daratan dalam satu malam sahaja sewaktu penaklukan Constantinople pada tahun 1453 


kepadatan bangunan-bangunan di bandar Istanbul


Setelah beberapa ketika menjadi pengawal menara, kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazaar dan Grand Bazaar yang terkenal sebagai tempat bershopping di Istanbul ini... Kami berhenti seketika di hadapan New Mosque untuk mengalas perut sebelum bersolat di masjid berkenaan... Dek kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba makanan masyarakat di sini, kami masing-masing membeli satu makanan yang dipanggil Balik Apam... Jangan terkeliru dengan apam balik macam di Malaysia tau.. Tak sama langsung.. Hahaha... Balik apam ni ialah roti yang macam roti sosej tu, tapi isinya ialah ikan bakar segar yang baru ditangkap... Penjualnya berada di atas bot yang berhias... Bau hanyir ikannya agak kuat tetapi masih lagi mampu menggembirakan anak tekak dan perut kami :P

Yang menyedihkan tekak kami adalah sejenis minuman yang aku sangkakan air sirap kelapa... Harganya 1.50 turkish lira... Rupa-rupanya minuman tersebut adalah jeruk yang direndam dalam air masin berwarna merah dan dicampurkan sedikit benda yang aku rasa macam kobis... Tak tau la apa sebenarnya... Hahaha... Sempat aku rakam air muka masing-masing masa cuba minuman tu... Faqih sahaja yang terselamat dari terkena bahana jeruk air masin berkenaan... Tapi yang aku pelik pakcik sebelah tempat kita orang duduk tenang sahaja meneguk minuman berkenaan... Memang kental... :D



random guys yang meminta aku mengambil gambar mereka sewaktu dalam perjalanan ke New Mosque
penjual Balik Apam yang berada di atas bot
New Mosque dari pandangan sebelah hadapan

aku menangkap gambar Faris menangkap gambar Faqih mengambil wuduk di New Mosque... :P berapa banyak menangkap daa...

orang-orang Turki yang suka memancing di Golden Horn

Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazaar yang hanya terletak bersebelahan dengan New Mosque... Di sini pelbagai jenis rempah, manisan dan set pinggan mangkuk ada dijual... Tetapi kami tidak membeli satu apa pun kerana tiada yang menarik minat kami... Tapi kalau mak-mak kami yang datang, konfem banyak benda yang dibeli... Hehehe...


suasana di dalam Spice Bazaar

teko Aladdin dua tingkat... mungkin ada dua ekor jin di dalamnya

manisan-manisan buatan Turki
Dalam perjalanan antara Spice Bazaar dan Grand bazaar juga terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barang-barang seperti ini... Bagi para pelancong yang ingin menukar mata wang, di sinilah aku rasa tempat terbaik  untuk membuat pertukaran kerana kadarnya yang tinggi... 

Ketibaan kami di Grand Bazaar disambut suasana meriah oleh para peniaga yang riuh memanggil pelanggan serta kehadiran pelancong-pelancong lain... Di sini kami juga tidak membeli apa-apa pun kerana niat kami hanyalah untuk meng-usya sahaja dan hanya akan membeli souvenir pada keesokan hari... 

salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar yang mempunyai banyak pintu masuk lain
Perjalanan kami diteruskan dengan menghala ke bahagian paling hujung peta untuk melihat tembok batu yang mengelilingi kota Constantinople suatu ketika dahulu sambil melalui jalan yang dipanggil Fatih kerana kami diberitahu bahawa kawasan ini mempunyai kedai-kedai yang menjual barangan dengan harga yang lebih murah kerana bukan merupakan kawasan tarikan pelancong... Kami juga mempunyai misi lain iaitu mencari penjual aiskrim yang boleh melakukan trick seperti dalam filem Istanbul Aku Datang... Namun setakat ini bayang penjual aiskrim berkenaan masih belum kelihatan... Perjalanan kami ke tempat yang dituju melalui gerbang masuk Istanbul University... Di situ, kami terpaksa makan aiskrim walls sahaja kerana penjual aiskrim turki yang kami cari masih segan silu menunjukkan diri...

Setibanya di kawasan Fatih, suasananya sama seperti berada di persekitaran Sogo... Terdapat kedai-kedai di sepanjang jalan dan jalan rayanya agak sibuk... Namun kami tidak menjumpai sebarang kedai yang menjual barangan dalam bajet kami... (maklumlah student)... 

Kami juga sempat mengalas perut dengan membeli jagung bakar dan sejenis chestnut bakar semasa dalam perjalanan... Rasa jagung bakar tersebut tersangatlah berbeza dengan jagung bakar di Malaysia... Rasanya agak masin dan seperti tidak masak... Chestnut tu pula pada pendapat aku rasa seperti biji cempedak... Walaupun begitu, habis juga kesemuanya dibaham kerana masing-masing terlalu lapar :P 

Berkenaan tembok batu yang ingin kami lihat, kini hanya tinggal 1/3 daripada tembok tersebut yang masih wujud dan selebihnya telah roboh... Kami berjalan kaki ke sana hampir 4 jam... Kaki punyalah sakit masa tu tak payah cerita... Hahaha... Rasa macam tak berbaloi sahaja jalan lama-lama kerana setibanya di sana, pemandangannya tidak lah seindah mana... Yang ada hanyalah sebuah tembok lama dan sekumpulan homeless people tengah buat barbecue... Mendidid je hati... Dah la tengah lapar... Rasa macam nak minta sikit je... Hahaha...


gerbang masuk Istanbul University
tembok batu yang aku ceritakan... homeless people tu dekat sebelah kiri gambar...
Di belakang tembok ini ada sebuah masjid... Kami bersolat maghrib di situ dan terus menuju ke tram stop terdekat untuk pulang ke hostel... Dalam perjalanan pulang, kami melalui sebuah pasar yang seakan-akan pasar tani... Warga-warga Turki di situ menunjukkan raut wajah yang kehairanan kerana kehadiran kami di situ memandangkan tempat tersebut agak jauh dari kawasan tarikan pelancong... Terdapat juga sekumpulan kanak-kanak yang berusia 7-10 tahun berlari-lari mengejar kami kerana mahu berkenalan dan berbual-bual... Sebelum menaiki tram pulang, aku, Latip dan Faris sempat membeli inner nike yang berharga hanya 5 turkish lira... Memang murah dan sangat berbaloi... Malam itu, kami tidur dengan lena kerana terlalu penat berjalan di siang hari...

2 comments:

  1. Salam, nice writing ada sambungan tak hehe. Nak tanya, agak2 pukul bape nk gerak ke airport sabiha dari taksim kalau flight easyjet pukul 1300? Takut trmiss flight... harap dpt cerita dlm entry pasni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. last time flight ktorg kol 1 jgak.. kol 10.30 tu msti da naik bas la dr taksim square.. ktorg still ade lg masa beli souvenir cket kat airport tu.. biar smpy awal drpd terlepas flight.. btw, have a safe journey :)

      Delete