Tuesday 30 July 2013

Jalan-Jalan Istanbul (Part 4)

Selasa (19 Mac 2013) - Day 3

Sambungan hari ketiga.. Disebabkan lama sangat aku take time nak tulis sambungan entry jalan-jalan Istanbul ni, maybe ada sesetengah info yang tak berapa accurate kot.. Tapi tak kisah la sebab tujuan aku tulis entry ni pun sebab nak bagi guide sikit-sikit je untuk siapa-siapa yg nak melancong ke Istanbul ni.. 

Ok.. Hari ketiga pagi-pagi lagi kita orang gerak ke Topkapi Palace.. Tapi rupa-rupanya Topkapi ni tutup pula hari Selasa.. Nak tak nak terpaksa la melawat tempat ni hari terakhir sebelum balik semula ke Sheffield... So lepas kita orang beli museum pass, Hagia Sophia menjadi destinasi pertama... Hagia Sophia ni banyak kali dah roboh sebab riot dan terbakar... Yang wujud sekarang ni adalah version yang ketiga kalau tak silap... Sebelum ni pernah jadi gereja Kristian tapi selepas Islam menguasai Turki, Sultan al-Fatih mengarahkan dinding-dinding bangunan ini dicat dengan lapisan kapur yang baru sebab banyak lukisan-lukisan berunsurkan ajaran Kristian terpapar di dinding-dinding ini...

bahagian depan di dalam Hagia Sophia... Mimbar tempat imam menyampaikan khutbah sewaktu solat Jumaat... (kalau tak silap la... ingat-ingat lupa dah)

bahagian dalam kubah terdapat tinggalan lukisan unsur ajaran Kristian... sultan al-Fatih tidak menghapuskan terus elemen ini sebagai tanda menghormati ajaran Kristian... lapisan kapur yang dicat ditanggalkan semula sewaktu pemerintahan Kamal Attartuk kerana mahu menarik pelancong Kristian apabila Hagia Sophia dijadikan muzium
Selepas melawat Hagia Sophia, kita orang melawat pula Muzium Arkeologi Istanbul... Muzium ni memang besar... Sesuai untuk sesiapa yang minat sejarah (aku tak berapa nak layan sangat)... Satu benda yang menarik perhatian aku di muzium ni ialah tinggalan rantai besi yang digunakan untuk menyekat kapal-kapal daripada memasuki The Golden Horn, termasuklah yang menyekat kemaraan tentera Islam pimpinan al-Fatih...


tinggalan rantai besi yang aku ceritakan

jumpa kawan lama... Augustus Ceasar :P

Kemudian kita orang terus ke Dolmabahce Palace... Sepanjang lawatan, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar ataupun video... Jadi tak dapat nak tunjuk bahagian dalam Dolmabahce Palace ni macam mana... Istana ni tersangatlah besar dan mewah... Banyak bahagian bumbung dan tangganya disadur emas... Kalau melawat Dolmabahce Palace ni, pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana bilik tidur, bilik mandi, bilik membaca dan lain-lain yang digunakan oleh khalifah dan keluarganya... 

Dolmabahce Palace dari depan

pemandangan menghadap ke selat Bosphorus

haiwan ternakan di Dolmabahce Palace

perkarangan Dolmabahce Palace
 




Friday 22 March 2013

Jalan-Jalan Istanbul (Part 3)

Isnin (18 Mac 2013) - Day 2

Hari kedua, kami semua bangun seawal 4 pagi kerana mahu bersolat subuh berjemaah di Blue Mosque memandangkan waktu subuh masuk pada pukul 4.40 pagi di sini... Selesai mandi dan bersiap-siap, kami pun bergerak menuju ke masjid... Namun tiada seorang pun kelihatan di sana... Yang ada hanyalah bangunan masjid yang teguh berdiri di tengah-tengah kota Istanbul yang berselubungkan kesejukan... Cewah... Ayat macam penulis novel... Hehehe... Kira-kira pukul 5.40 pagi, barulah kami mula bersolat berjemaah... Bilangan orang yang bersolat di Blue Mosque pagi itu tidaklah begitu ramai seperti yang aku sangkakan... Bilangannya sekadar memenuhi dua atau tiga saf sahaja... Namun begitu, bacaan ayat al-Quran oleh imam masjid begitu sedap didengari... Selepas selesai bersolat imam masjid mengetuai bacaan wirid dan doa diakhiri dengan bacaan al-fatihah... Sangkaan aku salah lagi kerana menyangka masyarakat di sini tidak berdoa sekali selepas solat seperti di MWHS (masjid di sheffield)... 

pemandangan Blue Mosque dari perkarangan sebelah dalam pada waktu subuh


Pagi itu kami bersarapan pagi makanan yang disediakan oleh pihak hostel... Makanannya ialah roti yang dihidangkan bersama telur rebus, beberapa hiris timun dan tomato, buah zaitun, butter, strawberry jam dan chocolate jam serta turkish tea... Aku sangat meminati turkish tea tersebut kerana rasanya berbeza dengan teh-teh yang pernah aku rasai sebelum ini...

Hidangan sarapan oleh Piya Hostel

inilah turkish tea yang aku maksudkan... cawannya kecil sahaja.. memang standard size di sini agaknya
Selesai bersarapan, kami memulakan pengembaraan pada hari kedua dengan melawati Hagia Sophia... Namun malangnya tempat ini dan kesemua muzium ditutup kepada pelancong setiap hari Isnin... Salah kami juga sebab tak buat research menyeluruh tentang tempat-tempat ni... Jadi kami bercadang untuk melawati tempat-tempat  tersebut pada keesokan hari menggunakan museum pass yang boleh diperolehi dengan harga 72 turkish lira (lebih kurang RM 123) dan meneruskan perjalanan ke Dolmabahce Palace dengan menaiki tram... 

kucing comel yang banyak terdapat di bandar Istanbul

Setibanya di Dolmabahce Palace, sekali lagi kami langkah kiri kerana tempat ini turut ditutup kepada pelancong setiap hari Isnin... Kami mengambil keputusan untuk menaiki feri mengelilingi selat Bosphorus yang memisahkan bahagian eropah Turki dan bahagian asianya... Tiketnya berharga 13 turkish lira (pandai-pandai la convert sendiri ye :P) dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk lengkap satu perjalanan... Pada pendapat aku memang berbaloi menaiki feri ini untuk melihat keindahan perairan bandar Istanbul kerana harganya yang tidaklah begitu mahal... 

Antara pemandangan perairan Istanbul yang sempat aku ambil dari atas feri:





kanak-kanak riang bergambar di atas feri... hehehe
Setelah selesai trip feri tersebut, kami terus didatangi seorang pakcik yang agak berusia menjual cermin mata hitam (sun shade)... "Rai-ban.. Rai-ban..." ulangnya... Cermin mata Ray Ban yang dijual berharga 15 turkish lira... Aku, Latip dan Faris akhirnya tewas dengan pujuk rayu pakcik tersebut... Hahaha...

aku mengenakan cermin mata Ray Ban yang baru dibeli... macam baja hitam (masked rider) kata Faris :D
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Galata Tower dengan berjalan kaki... Kami sengaja melalui jalan-jalan kecil yang jarang dilalui para pelancong kerana mahu menikmati suasana serta pemandangan sebenar kota Istanbul ini... Aku pun tak berapa ingat berapa lama perjalanan untuk sampai ke Galata Tower ni... Tapi memang sangat best... Kebanyakan bangunannya adalah bangunan lama dan dibina rapat-rapat antara satu sama lain... Permukaannya pula berbukit-bukau dan sedikit memenatkan...

jalan kecil yang terpaksa kami daki



Ecad posing gaya model ubat gigi Colgate... hehehe

berehat sebentar membeli minuman menghilangkan dahaga

suasana di persekitaran Galata Tower
Galata Tower dahulunya merupakan menara yang digunakan sebagai menara pemerhati untuk mengesan sebarang kebakaran yang berlaku di sekitar bandar sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah... Menara ini pernah beberapa kali terbakar dan dibaik pulih untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong dan dibina sebuah restoran di sebelah dalamnya... Tingkat atasnya pula telah dijadikan kelab malam sebagai tempat hiburan orang bukan Islam...

Pemandangan dari Galata Tower:


tempat bercantumnya laut Marmara, selat Bosphorus dan the Golden Horn yang menyaksikan kebijaksanaan Sultan  Mehmed II atau lebih dikenali sebagai Sultan al-Fatih yang mengangkat kapal-kapal perang merentasi daratan dalam satu malam sahaja sewaktu penaklukan Constantinople pada tahun 1453 


kepadatan bangunan-bangunan di bandar Istanbul


Setelah beberapa ketika menjadi pengawal menara, kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazaar dan Grand Bazaar yang terkenal sebagai tempat bershopping di Istanbul ini... Kami berhenti seketika di hadapan New Mosque untuk mengalas perut sebelum bersolat di masjid berkenaan... Dek kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba makanan masyarakat di sini, kami masing-masing membeli satu makanan yang dipanggil Balik Apam... Jangan terkeliru dengan apam balik macam di Malaysia tau.. Tak sama langsung.. Hahaha... Balik apam ni ialah roti yang macam roti sosej tu, tapi isinya ialah ikan bakar segar yang baru ditangkap... Penjualnya berada di atas bot yang berhias... Bau hanyir ikannya agak kuat tetapi masih lagi mampu menggembirakan anak tekak dan perut kami :P

Yang menyedihkan tekak kami adalah sejenis minuman yang aku sangkakan air sirap kelapa... Harganya 1.50 turkish lira... Rupa-rupanya minuman tersebut adalah jeruk yang direndam dalam air masin berwarna merah dan dicampurkan sedikit benda yang aku rasa macam kobis... Tak tau la apa sebenarnya... Hahaha... Sempat aku rakam air muka masing-masing masa cuba minuman tu... Faqih sahaja yang terselamat dari terkena bahana jeruk air masin berkenaan... Tapi yang aku pelik pakcik sebelah tempat kita orang duduk tenang sahaja meneguk minuman berkenaan... Memang kental... :D



random guys yang meminta aku mengambil gambar mereka sewaktu dalam perjalanan ke New Mosque
penjual Balik Apam yang berada di atas bot
New Mosque dari pandangan sebelah hadapan

aku menangkap gambar Faris menangkap gambar Faqih mengambil wuduk di New Mosque... :P berapa banyak menangkap daa...

orang-orang Turki yang suka memancing di Golden Horn

Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke Spice Bazaar yang hanya terletak bersebelahan dengan New Mosque... Di sini pelbagai jenis rempah, manisan dan set pinggan mangkuk ada dijual... Tetapi kami tidak membeli satu apa pun kerana tiada yang menarik minat kami... Tapi kalau mak-mak kami yang datang, konfem banyak benda yang dibeli... Hehehe...


suasana di dalam Spice Bazaar

teko Aladdin dua tingkat... mungkin ada dua ekor jin di dalamnya

manisan-manisan buatan Turki
Dalam perjalanan antara Spice Bazaar dan Grand bazaar juga terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barang-barang seperti ini... Bagi para pelancong yang ingin menukar mata wang, di sinilah aku rasa tempat terbaik  untuk membuat pertukaran kerana kadarnya yang tinggi... 

Ketibaan kami di Grand Bazaar disambut suasana meriah oleh para peniaga yang riuh memanggil pelanggan serta kehadiran pelancong-pelancong lain... Di sini kami juga tidak membeli apa-apa pun kerana niat kami hanyalah untuk meng-usya sahaja dan hanya akan membeli souvenir pada keesokan hari... 

salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar yang mempunyai banyak pintu masuk lain
Perjalanan kami diteruskan dengan menghala ke bahagian paling hujung peta untuk melihat tembok batu yang mengelilingi kota Constantinople suatu ketika dahulu sambil melalui jalan yang dipanggil Fatih kerana kami diberitahu bahawa kawasan ini mempunyai kedai-kedai yang menjual barangan dengan harga yang lebih murah kerana bukan merupakan kawasan tarikan pelancong... Kami juga mempunyai misi lain iaitu mencari penjual aiskrim yang boleh melakukan trick seperti dalam filem Istanbul Aku Datang... Namun setakat ini bayang penjual aiskrim berkenaan masih belum kelihatan... Perjalanan kami ke tempat yang dituju melalui gerbang masuk Istanbul University... Di situ, kami terpaksa makan aiskrim walls sahaja kerana penjual aiskrim turki yang kami cari masih segan silu menunjukkan diri...

Setibanya di kawasan Fatih, suasananya sama seperti berada di persekitaran Sogo... Terdapat kedai-kedai di sepanjang jalan dan jalan rayanya agak sibuk... Namun kami tidak menjumpai sebarang kedai yang menjual barangan dalam bajet kami... (maklumlah student)... 

Kami juga sempat mengalas perut dengan membeli jagung bakar dan sejenis chestnut bakar semasa dalam perjalanan... Rasa jagung bakar tersebut tersangatlah berbeza dengan jagung bakar di Malaysia... Rasanya agak masin dan seperti tidak masak... Chestnut tu pula pada pendapat aku rasa seperti biji cempedak... Walaupun begitu, habis juga kesemuanya dibaham kerana masing-masing terlalu lapar :P 

Berkenaan tembok batu yang ingin kami lihat, kini hanya tinggal 1/3 daripada tembok tersebut yang masih wujud dan selebihnya telah roboh... Kami berjalan kaki ke sana hampir 4 jam... Kaki punyalah sakit masa tu tak payah cerita... Hahaha... Rasa macam tak berbaloi sahaja jalan lama-lama kerana setibanya di sana, pemandangannya tidak lah seindah mana... Yang ada hanyalah sebuah tembok lama dan sekumpulan homeless people tengah buat barbecue... Mendidid je hati... Dah la tengah lapar... Rasa macam nak minta sikit je... Hahaha...


gerbang masuk Istanbul University
tembok batu yang aku ceritakan... homeless people tu dekat sebelah kiri gambar...
Di belakang tembok ini ada sebuah masjid... Kami bersolat maghrib di situ dan terus menuju ke tram stop terdekat untuk pulang ke hostel... Dalam perjalanan pulang, kami melalui sebuah pasar yang seakan-akan pasar tani... Warga-warga Turki di situ menunjukkan raut wajah yang kehairanan kerana kehadiran kami di situ memandangkan tempat tersebut agak jauh dari kawasan tarikan pelancong... Terdapat juga sekumpulan kanak-kanak yang berusia 7-10 tahun berlari-lari mengejar kami kerana mahu berkenalan dan berbual-bual... Sebelum menaiki tram pulang, aku, Latip dan Faris sempat membeli inner nike yang berharga hanya 5 turkish lira... Memang murah dan sangat berbaloi... Malam itu, kami tidur dengan lena kerana terlalu penat berjalan di siang hari...

Jalan-Jalan Istanbul (Part 2)

Ahad (17 Mac 2013) - Day 1

Penerbangan dari Luton Airport ke Sabiha Gokcen mengambil masa selama 4 jam... Kami tiba di sana pada pukul 11.50 pagi (GMT +6.00) waktu Istanbul... Kerana masing-masing terlalu lapar, kami terus mengisi perut di Burger King yang terletak betul-betul berhadapan dengan balai ketibaan... Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke bandar Istanbul dengan menaiki perkhidmatan bas oleh syarikat Havas ke Taksim dan tiba di sana pada pukul 2.00 petang... Kalau cerita pasal masjid, dekat sini memang ada banyak gila... Boleh kata setiap lima minit aku dalam bas ni, boleh nampak satu masjid... besar-besar pula tu...

antara pemandangan sepanjang perjalanan ke Taksim dari dalam bas

Dolmabahce Palace yang aku sangka tokong Buddha pada awalnya  :P

Stadium pasukan Besiktas JK terletak berhampiran Taksim Square

Taksim Square
Keadaan di Taksim Square ni agak sibuk dengan orang ramai kerana merupakan tempat turn naik perkhidmatan awam... Pemandangan di sini memang agak cantik walaupun tiada bangunan-bangunan pencakar langit dan moden seperti di bandar-bandar besar lain di Eropah... Sebelum datang ke Turki, aku dapat tahu menerusi kawan-kawan yang pernah ke sini bahawa Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk merupakan individu yang disanjung oleh sebahagian rakyatnya... Seingat aku berdasarkan mata pelajaran sejarah dulu, Kemal Ataturk ni adalah orang yang dibenci oleh orang Islam sebab dia ni lah yang membubarkan sistem khalifah terakhir sewaktu zaman pemerintahan Islam Turki Uthmaniyah dulu... Kalau dia ni tak wujud mungkin sistem khalifah masih lagi diamalkan pada masa kini... Sepanjang perjalanan ke Taksim Square ni, memang banyak muka dia terpampang dekat dinding-dinding bangunan dan poster... 

gambar pakcik Kemal Ataturk yang diangkat oleh sebilangan rakyat Turki
Untuk sampai ke hostel di kawasan Sultanahmet, kami perlu menaiki metro dari Taksim Square ke Kabatas seterusnya menaiki tram ke sana... Kami tiba di Sultanahmet ketika hampir masuk waktu Asar... Aku sangat teruja dan terpegun mendengar alunan azan yang berselang-seli berkumandang dari Blue Mosque dan masjid-masjid sekitarnya... Mungkin kerana sudah lama tidak mengalaminya di UK yang mana azannya hanya didengari dari dalam masjid sahaja... Blue Mosque ni dibina kira-kira 400 tahun dahulu oleh Sultan Ahmed I dan masih lagi digunakan sebagai masjid dan turut dibuka untuk lawatan orang Islam dan bukan Islam... 

Sepanjang percutian di Istanbul, kami tinggal di Piya Hostel yang terletak hanya 5-10 minit dari Blue Mosque... Hostel ni bukan milik Piya kapten Red Warrior tu tau... hehehe... Selepas check-in dan berehat seketika, kami menuju ke Blue Mosque untuk bersolat zohor dan asar dan menunggu sehingga masuk waktu maghrib sambil memerhati keindahan binaan masjid bersejarah ni... Setelah selesai bersolat maghrib berjemaah, sempat juga kami berkenalan dengan imam masjid ini dan bergambar bersama...

kubah Blue Mosque yang sangat besar dan cantik

imam Masjid Biru bersama kawan-kawan aku... nasib camera man la tiada dalam gambar,.. sob3x
Ketika sedang beramah mesra bersama tok imam tadi, tak semena-mena kami dikerumuni oleh orang-orang  tempatan yang juga baru selesai menunaikan solat... Mereka semua ni memang peramah dan sangat friendly... Nama Malaysia sememangnya terkenal di kalangan warga Turki... Tapi kalau sebut Malaysia macam orang melayu sebut, susah sikit mereka nak tau... kena sebut style arab sikit... Ma-li-zi-ya... kalau sebut macam ni baru mereka faham... Kemudian kami dijemput untuk menikmati sedikit hidangan di bangunan bersebelahan masjid ni... Di situ, kami diberitahu bahawa tempat tersebut digunakan untuk memberi presentation kepada orang bukan Islam yang datang melawat masjid tersebut ketika waktu zohor dan asar... Lelaki yang menyambut kami di situ turut bertanyakan tentang perkembangan Islam di Malaysia kerana beliau sedar Malaysia sedang menjadi tumpuan oleh penganut-penganut syiah untuk menyebarkan ajaran mereka... Nama beliau ialah Onder Ucuncu... Menurutnya lagi, Malaysia juga sering dijadikan contoh sebagai negara Islam dalam presentationnya kerana kesederhanaan di negara kita... Kerana pada pandangan orang bukan Islam, wanita-wanita ditekan dan tidak memperoleh hak dan kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti memandu kenderaan dan lain-lain seperti di Mesir (kalau tak silap aku)...

kami dikerumuni saudara se-Islam warga tempatan

bergambar bersama mereka

pemandangan bahagian hadapan Blue Mosque pada waktu malam

hidangan free yang diberikan kepada kami... kuih yang rasa macam kuih bangkit, turkish tea dan minuman buah-buahan yang lain

Hagia Sophia waktu malam dan air pancut yang bertukar-tukar warna...
memang sangat cantik :)
Kami meluangkan masa hampir setengah jam bersama Onder... banyak perkara yang kami bualkan... antaranya serba sedikit mengenai sejarah Istanbul, ajaran-ajaran sesat yang cuba disebarkan di Malaysia dan cara-cara beliau menyebarkan Islam dalam kalangan orang-orang bukan Islam... Berkenaan dengan Blue Mosque, menurutnya nama tersebut terkenal dalam kalangan pelancong sahaja... Rakyat tempatan memanggilnya sebagai Sultanahmet Mosque atau dalam bahasa Turki Sultanahmet Camii... Selepas bersalaman dengan Onder, kami bersiar-siar melihat suasana waktu malam di bandar Istanbul dan menikmati makan malam di sebuah kedai sebelum terus pulang ke hostel mendapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan pada keesokan hari...

Latip dan aku di bahagian tepi Blue Mosque 

posing gaya taiko berlatar belakangkan Blue Mosque :P

Ecad, Faris dan Faqih... belakang tu ialah Nuru Osmaniye Mosque

makanan malam aku... sangat tak mengenyangkan.. siap ada cili bakar lagi.. haha..