Friday 22 March 2013

Jalan-Jalan Istanbul (Part 2)

Ahad (17 Mac 2013) - Day 1

Penerbangan dari Luton Airport ke Sabiha Gokcen mengambil masa selama 4 jam... Kami tiba di sana pada pukul 11.50 pagi (GMT +6.00) waktu Istanbul... Kerana masing-masing terlalu lapar, kami terus mengisi perut di Burger King yang terletak betul-betul berhadapan dengan balai ketibaan... Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke bandar Istanbul dengan menaiki perkhidmatan bas oleh syarikat Havas ke Taksim dan tiba di sana pada pukul 2.00 petang... Kalau cerita pasal masjid, dekat sini memang ada banyak gila... Boleh kata setiap lima minit aku dalam bas ni, boleh nampak satu masjid... besar-besar pula tu...

antara pemandangan sepanjang perjalanan ke Taksim dari dalam bas

Dolmabahce Palace yang aku sangka tokong Buddha pada awalnya  :P

Stadium pasukan Besiktas JK terletak berhampiran Taksim Square

Taksim Square
Keadaan di Taksim Square ni agak sibuk dengan orang ramai kerana merupakan tempat turn naik perkhidmatan awam... Pemandangan di sini memang agak cantik walaupun tiada bangunan-bangunan pencakar langit dan moden seperti di bandar-bandar besar lain di Eropah... Sebelum datang ke Turki, aku dapat tahu menerusi kawan-kawan yang pernah ke sini bahawa Presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk merupakan individu yang disanjung oleh sebahagian rakyatnya... Seingat aku berdasarkan mata pelajaran sejarah dulu, Kemal Ataturk ni adalah orang yang dibenci oleh orang Islam sebab dia ni lah yang membubarkan sistem khalifah terakhir sewaktu zaman pemerintahan Islam Turki Uthmaniyah dulu... Kalau dia ni tak wujud mungkin sistem khalifah masih lagi diamalkan pada masa kini... Sepanjang perjalanan ke Taksim Square ni, memang banyak muka dia terpampang dekat dinding-dinding bangunan dan poster... 

gambar pakcik Kemal Ataturk yang diangkat oleh sebilangan rakyat Turki
Untuk sampai ke hostel di kawasan Sultanahmet, kami perlu menaiki metro dari Taksim Square ke Kabatas seterusnya menaiki tram ke sana... Kami tiba di Sultanahmet ketika hampir masuk waktu Asar... Aku sangat teruja dan terpegun mendengar alunan azan yang berselang-seli berkumandang dari Blue Mosque dan masjid-masjid sekitarnya... Mungkin kerana sudah lama tidak mengalaminya di UK yang mana azannya hanya didengari dari dalam masjid sahaja... Blue Mosque ni dibina kira-kira 400 tahun dahulu oleh Sultan Ahmed I dan masih lagi digunakan sebagai masjid dan turut dibuka untuk lawatan orang Islam dan bukan Islam... 

Sepanjang percutian di Istanbul, kami tinggal di Piya Hostel yang terletak hanya 5-10 minit dari Blue Mosque... Hostel ni bukan milik Piya kapten Red Warrior tu tau... hehehe... Selepas check-in dan berehat seketika, kami menuju ke Blue Mosque untuk bersolat zohor dan asar dan menunggu sehingga masuk waktu maghrib sambil memerhati keindahan binaan masjid bersejarah ni... Setelah selesai bersolat maghrib berjemaah, sempat juga kami berkenalan dengan imam masjid ini dan bergambar bersama...

kubah Blue Mosque yang sangat besar dan cantik

imam Masjid Biru bersama kawan-kawan aku... nasib camera man la tiada dalam gambar,.. sob3x
Ketika sedang beramah mesra bersama tok imam tadi, tak semena-mena kami dikerumuni oleh orang-orang  tempatan yang juga baru selesai menunaikan solat... Mereka semua ni memang peramah dan sangat friendly... Nama Malaysia sememangnya terkenal di kalangan warga Turki... Tapi kalau sebut Malaysia macam orang melayu sebut, susah sikit mereka nak tau... kena sebut style arab sikit... Ma-li-zi-ya... kalau sebut macam ni baru mereka faham... Kemudian kami dijemput untuk menikmati sedikit hidangan di bangunan bersebelahan masjid ni... Di situ, kami diberitahu bahawa tempat tersebut digunakan untuk memberi presentation kepada orang bukan Islam yang datang melawat masjid tersebut ketika waktu zohor dan asar... Lelaki yang menyambut kami di situ turut bertanyakan tentang perkembangan Islam di Malaysia kerana beliau sedar Malaysia sedang menjadi tumpuan oleh penganut-penganut syiah untuk menyebarkan ajaran mereka... Nama beliau ialah Onder Ucuncu... Menurutnya lagi, Malaysia juga sering dijadikan contoh sebagai negara Islam dalam presentationnya kerana kesederhanaan di negara kita... Kerana pada pandangan orang bukan Islam, wanita-wanita ditekan dan tidak memperoleh hak dan kebebasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti memandu kenderaan dan lain-lain seperti di Mesir (kalau tak silap aku)...

kami dikerumuni saudara se-Islam warga tempatan

bergambar bersama mereka

pemandangan bahagian hadapan Blue Mosque pada waktu malam

hidangan free yang diberikan kepada kami... kuih yang rasa macam kuih bangkit, turkish tea dan minuman buah-buahan yang lain

Hagia Sophia waktu malam dan air pancut yang bertukar-tukar warna...
memang sangat cantik :)
Kami meluangkan masa hampir setengah jam bersama Onder... banyak perkara yang kami bualkan... antaranya serba sedikit mengenai sejarah Istanbul, ajaran-ajaran sesat yang cuba disebarkan di Malaysia dan cara-cara beliau menyebarkan Islam dalam kalangan orang-orang bukan Islam... Berkenaan dengan Blue Mosque, menurutnya nama tersebut terkenal dalam kalangan pelancong sahaja... Rakyat tempatan memanggilnya sebagai Sultanahmet Mosque atau dalam bahasa Turki Sultanahmet Camii... Selepas bersalaman dengan Onder, kami bersiar-siar melihat suasana waktu malam di bandar Istanbul dan menikmati makan malam di sebuah kedai sebelum terus pulang ke hostel mendapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan pada keesokan hari...

Latip dan aku di bahagian tepi Blue Mosque 

posing gaya taiko berlatar belakangkan Blue Mosque :P

Ecad, Faris dan Faqih... belakang tu ialah Nuru Osmaniye Mosque

makanan malam aku... sangat tak mengenyangkan.. siap ada cili bakar lagi.. haha..

No comments:

Post a Comment